Terengganu menggunakan sepenuhnya aksi di laman sendiri, Stadium Sultan Ismail dengan membenam Selangor juga dengan keputusan 2-0 dengan gol yang dicipta pada setiap babak permainan.

Pemain tengah kreatif Ismail Faruqi Ashari menceriakan kem Terengganu apabila merembat kencang untuk gol pertama tuan rumah pada babak pertama, disusuli jaringan cantik Lopez pada babak kedua menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti.

Jurulatih Abdul Rahman Ibrahim menyifatkan kombinasi berkesan pemain tempatan dan import sebagai faktor membantu Terengganu menang bergaya menewaskan Selangor.

Malah, bekas jurulatih kebangsaan itu turut menyifatkan kejayaan anak buahnya menyerap tekanan berdepan Red Giants itu walaupun diasak pada awal babak pertama adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Bermain pada aksi pertama memang sesuatu menyukarkan kerana masing-masing tidak mengetahui kekuatan dan kelemahan lawan, namun keupayaan pemain menghasilkan dua gol harus dipuji.

“Selain itu, kombinasi kali pertama barisan pemain tempatan dan import termasuk dua pemain baru Paulo Rangel dan Gustavo Lopez memberi lebih keyakinan buat pasukan memperagakan aksi bermutu,” kata jurulatih berusia 69 tahun itu.

Video Terengganu 2-0 Selangor


Video Terengganu vs Selangor [2-0] Malaysia Super League 2015

Leave a Reply