Berita Liga Super, Liga Perdana, Piala FA Malaysia

Undian TM Piala Malaysia 2015

Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2015 Kumpulan A 1- Terengganu 2- Lions XII 3- Kedah 4- JDT 2 Kumpulan B 1- JDT 2- Perak 3- Sarawak 4- ATM Kumpulan C 1- Selangor 2- Felda United 3- Kelantan 4- T-Team Kumpulan D 1- Pahang 2- PDRM 3- Pulau Pinang 4- PKNS FC

Continue reading

Piala Malaysia: ATM layak, Sime Darby gagal

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Takzim II (JDT II) mengisi dua slot terakhir untuk melengkapkan 16 pasukan yang bakal be­rentap dalam kempen Piala Malaysia, bulan depan. ATM menebus kekecewaan tersingkir ke Liga Perdana musim depan dengan menewaskan Negeri Sembilan (NS Matrix) 3-0 pada perlawanan playoff di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam. Selepas menghuni […]

Continue reading

Piala AFC: Istiklol FC vs Pahang

Pengendali Pahang Zainal Abidin Hassan mengesahkan khidmat penyerang Dickson Nwakaeme tidak dapat digunakan pada perlawanan menentang kelab Tajikistan Istiklol FC pada suku akhir pertama Piala AFC 2015 di Stadium Republican Central, Dushanbe, jam 11 malam ini waktu Malaysia. Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi stesen TV9. Zainal yang juga bekas pemain kebangsaan itu berkata, […]

Continue reading

Piala AFC: JDT 1-1 South China

Johor Darul Takzim (Johor DT) berdepan kesukaran untuk layak ke saingan separuh akhir selepas sekadar seri 1-1 dengan South China FC pada aksi suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Larkin, malam tadi. Keputusan seri itu menyaksikan kelab dari Hong Kong berkenaan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan ketika kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi […]

Continue reading

JDT Juara Liga Super 2015

Kekalahan 2-1 yang dilakar Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan terakhir Liga Super 2015 menentang FELDA United tidak menghalang pasukan diberi jolokan Harimau Selatan itu dinobatkan selaku juara, malam ini. Hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan misi untuk menang, sebaliknya berlaku terhadap penyandang juara itu apabila FELDA jelas tampil lebih bertenaga namun ia masih […]

Continue reading

Pahang kekal momentum, JDT terus mengejar

Pendahulu Liga Super, Pahang meneruskan rentak kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Kemenangan ke-12 dilakar anak buah Zainal Abidin Hassan membolehkan pasukan itu terus menerajui carta Liga Super dengan 39 mata mata selepas 17 perlawanan, berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Johor […]

Continue reading

Keputusan Liga Super 5 Ogos 2015

Keputusan perlawanan Liga Super, Rabu 5 Ogos 2015 Pahang 2 – 0 ATM 15′ Dickson Nwakaeme (PAH) 35′ Dickson Nwakaeme (PAH) Johor DT 4 – 0 Sime Darby 31′ Luciano Figueroa (JDT) 45′ Asraruddin Putra Omar (JDT) 49′ Safiq Rahim (JDT) 68′ Luciano Figueroa (JDT) PDRM 3 – 0 Perak 10′ Ali Ashfaq (PDRM) 59′ […]

Continue reading

Mampukah JDT merampas kedudukan Pahang malam ini?

Pasukan Pahang terus gah mendahului takhta Liga Super selepas 16 perlawanan, namun Johor Darul Takzim (JDT) dilihat terus mengekori rapat di tangga kedua. Setakat ini, skuad Tok Gajah bimbingan Zainal Abidin Hassan ini sudah pun menghimpun 36 mata. Namun mereka tidak selesa kerana pesaing terdekatnya itu hanya ketinggalan dua mata. Kedua-dua pasukan ini kini dilihat […]

Continue reading

Selangor hilang khidmat Cornthwaite

Pengendali Sela­ngor, Mehmet Durakovic boleh melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat Robert Cornthwaite dalam baki saingan Liga Super musim ini selepas pemain pertahanan itu mengalami kecederaan pada bahagian mukanya. Cornthwaite, 29, patah tulang pipi dan terpaksa direhatkan selama empat hingga lima minggu, sekali gus menyebabkan khidmatnya tidak dapat digunakan dalam baki saingan Liga Super yang dijadual […]

Continue reading

Kelantan tempang jumpa Felda United

Sudahlah berdepan tekanan untuk memburu tiga mata penuh bagi men­yelamatkankan kedudukan dalam Liga Super, cabaran Kelantan bertambah sukar apabila terpaksa menentang Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini tanpa beberapa tonggak akibat kecederaan dan penggantungan. Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Gilmar Jose da Silva Filho, Jonathan McKain dan Zairul Fitree Ishak, manakala […]

Continue reading