Kedah vs Pahang

vs
August 3, 2016
Score: 0 - 3

Match Report

FAM tarik balik kemenangan Kedah ke atas Pahang

20 Okt 2016 – Di kala kesibukan pasukan Kedah melakukan persiapan menjelang aksi terakhir Liga Super dan final Piala Malaysia 2016, skuad Helang Merah menerima hukuman selepas didapati melanggar peraturan dalam aksi Liga Super berdepan Pahang, 3 Ogos lalu.

JawatankuasaTatatertib FAM yang bermesyuarat semalam membuat keputusan menarik balik kemenangan Kedah sekali gus memberi kemenangan kepada skuad Pahang.

Pada perlawanan tersebut Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) didapati menurunkan pemain‎ Mohd Rizal Ghazali yang telah digantung secara automatik.

FAM dalam kenyataan hari ini berkata, pemain tersebut dikenakan tiga kad kuning dalam aksi berbeza perlawanan Liga Super musim ini.

“KFA telah didapati bersalah kerana melanggar ‎Artikel 71 (c) Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan ‘obligasi pasukan’.

“Artikel tersebut dibaca bersama Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015‎ berkenaan ‘ketidalayakan’,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, KFA dikenakan hukuman dengan dilucutkan hak bagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu.

“Pasukan Kedah dikira kalah 0-3 kepada pasukan Pahang‎ dan didenda RM5,000.

“KFA juga diberi amaran keras dan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama,” jelas kenyataan itu.

Susulan hukuman tersebut skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dipotong ‎tiga mata dan mata tersebut menjadi milik skuad Tok Gajah.

Bagaimanapun, hukuman tersebut tidak memberi kesan besar bagi pasukan Kedah yang berada di tangga ketiga liga.

Skuad Helang Merah kini mengumpul 34 mata dengan baki satu perlawanan 21 ‎Oktober ini berdepan Felda United.

Sementara itu, Pahang naik ke tangga kelapan dari kedudukan ke-10 dengan penambahan tiga mata tersebut sekali gus memberi peluang cerah untuk terus kekal pada saingan musim depan.

Lineup

Subs