Sime Darby FC vs Pahang

vs
August 1, 2015
Score: 2 - 4

Match Report

Sime Darby 2 – 4 Pahang

10′ Marko Perovic (SDB)
14′ Marko Perovic (SDB)
30′ Damion Stewart (PAH)
58′ Matias Conti (PAH)
67′ Matias Conti (PAH)
73′ Fauzi Roslan (PAH)

Pahang merekod kemenangan mereka yang ke-11 dalam saingan Liga Super selepas menang selesa 4-2 ke atas pasukan tercorot, Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu malam.

Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah terus memimpin carta Liga Super dengan 36 mata selepas 16 perlawanan, berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Takzim (JDT) yang turut meraih tiga mata di tempat lawan.

Pada aksi malam tadi, Pahang terpaksa bangkit pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 1-2 pada babak pertama.

Empat gol Pahang dijaringkan Damian Delano Stewart pada minit ke-30, Matias Conti pada minit ke-58 dan 67 serta Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-73.

Dua jaringan tuan rumah dihasilkan pemain import dari Serbia, Marko Perovic pada minit ke-10 dan selang empat minit kemudian.

Home

Subs

Away

Subs