JDT FC vs Perak

vs
January 18, 2014
Score: 2 - 0

Match Report

Johor JDT vs Perak [2-0] Liga Super 2014
JDT vs Perak [2-0] Liga Super 2014

Liga Super 2014 | JDT 2 Perak 0

Pasukan yang menjadi tumpuan dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila mengutip tiga mata pada perlawanan pembukaan Liga Super selepas menumbangkan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.

Bermain di hadapan lebih 30,000 penyokong setia, skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras apabila Perak yang menampilkan ramai pemain muda berjaya bertahan dengan baik sebelum skuad kendalian Cesar Ferrando Jiminez itu memastikan kemenangan milik mereka.

Gol pasukan JDT dijaringkan oleh bekas pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-38, manakala gol kedua diperolehi daripada pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa, dua minit sebelum permainan tamat.

Harimau Selatan hampir mendapatkan gol pertama mereka menerusi bintang import, Pablo Aimar pada minit keenam namun sepakannya tersasar.

JDT memperoleh gol pertama menerusi tandukan ke belakang Amri hasil sepakan sudut dari sebelah kanan pada minit ke-38.

Masuk separuh masa kedua, tuan rumah terus memberi tekanan kepada Perak dengan Figueroa hampir menjaringkan gol kedua untuk JDT, namun tandukannya melepasi gawang.

Bekas pemain Panathinaikos itu menebus kehampaan pada minit ke-88 apabila dia mudah menyepak masuk hasil hantaran cantik Safiq Rahim dari luar kotak penalti. — Utusan Malaysia

Video JDT 2-0 Perak

Home

41. Norazlan Razali (GK)
5. Baihakki KhaizanYellow Card
7. Aidil Zafuan Abdul Radzak (C)
8. Mohd Safiq RahimAssist
10. Pablo Aimar
12. Nurul Azwan Roya
16. Mohd Shakir Shaari
17. Mohd Amri YahyahGoal
18. Mahali JasuliAssist
19. Luciano FigueroaGoal
33. Mohd Fazly MazlanYellow Card
Subs
9. Norshahrul Idlan TalahaSub17
14. Hariss HarunSub10
27. Mohd Fadhli ShasSub33

Away

1. Mohd Nor Haziq Aris (GK)
7. Kyaw Zayar Win
8. Shahrizal Saad
10. Mohammad Hardi Jaafar (C)
13. Ahmad Sukri Abdul Hamid
17. Muhamad Tuah IskandarYellow Card
19. Mohd Noor Hazrul Mustafa
20. Zelimir Terkes
23. Martin KafandoYellow Card
25. Azmeer Yusof
27. Mohd Raffi NagoorganiYellow CardYellow CardRed Card
Subs
3. M YoganathanSub7
9. Eliel da Cruz GuardianoSub20
11. Muhd Ridzuan Azly HusshamSub10