Pahang vs Lions XII

vs
January 17, 2014
Score: 1 - 0

Match Report

Pahang vs Lions XII Piala Sumbangsih 2014 Liga Super
Piala Sumbangsih 2014 | Pahang vs LionsXII

Piala Sumbangsih & Liga Super 2014 | Pahang 1 LionsXII 0

Matias Ruben Conti meraikan hari jadi yang ke-24 dengan penuh bermakna apabila menjadi penjaring gol kemenangan untuk membantu Pahang merangkul Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan LionsXII 1-0 di Stadium Darul Makmur semalam.

Conti layak dilabel sebagai ‘hero ‘ Tok Gajah kerana pada musim lalu, dia turut menjadi watak penting kepada kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia.

Kali ini jaringan tunggalnya pada minit ke-57 sudah cukup menjulang skuad kendalian Ronald Smith selepas menyambar bola muntah penjaga gol LionsXII, Izwan Mahbud bagi memastikan Pahang memulakan musim 2014 dengan langkah kanan.

Kali terakhir Tok Gajah menjuarai kejohanan itu pada 1993.

Sememangnya pasukan Pahang layak meraih kejuaraan apabila menguasai sebahagian besar permainan, malah boleh menang dengan gol lebih besar cuma dihampakan oleh ketumpulan Conti sendiri selain kekebalan Izwan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sambil diiringi oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Disaksikan kira-kira 30,000 penyokong setia, Tok Gajah sedikit kecewa apabila bekas pemain import Kelantan, Dickson Nwakaeme terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-14 kerana masalah kecederaan dan digantikan dengan Conti.

Conti tidak menunggu terlalu lama untuk cuba merobek pertahanan LionsXII pada minit ke-22 namun sepakan guntingnya tersasar jauh daripada gawang lawan sebelum empat minit kemudian.

Walaupun diasak bertubi-tubi, Lions XII mampu mencari ruang untuk melancarkan serangan pada minit ke-29 apabila larian solo Khairul Amri dari tengah padang berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti Pahang.

Mujur penjaga gol, Khairul Azhan Mohd. Khalid pantas menepis keluar bola percubaan penyerang berusia 28 tahun berkenaan.

Lawan sekali lagi mencemaskan penyokong tuan rumah apabila Muhammad Sufian Anuar melepaskan rembatan jarak jauh yang melepasi palang gol Pahang pada minit ke-37.

Memasuki babak kedua, Pahang dilihat memberikan banyak ruang kepada pemain muda, Abdul Malik Mat Ariff untuk bergerak di bahagian tengah yang jelas menjadi kunci kepada serangan-serangan Tok Gajah.

Hasilnya, melalui gerakan satu-dua bersama Azidan Sarudin, pemain bertubuh kecil itu berjaya meloloskan diri secara berseorangan ke dalam kotak penalti LionsXII.

Dengan tamatnya perlawanan Sumbangsih bermakna, Liga Malaysia 2014 kini dibuka secara rasmi.

Kemenangan semalam turut memberikan tiga mata buat Pahang dalam saingan liga.

Video Pahang 1-0 LionsXII

Home

1. Mohd Khairul Azhan (GK)
4. Damion Stewart
6. Zeshan Rehman
8. Azidan Sarudin
10. Dickson Nwakaeme
12. Mohd Azamuddin Akil
13. Mohd Razman Roslan
15. Abdul Malik Mat Ariff
20. Mohd Shahrizan Mohd Salleh
21. Mohd Hafiz KamalYellow Card
24. R Gopinathan
Subs
2. Jalaluddin Jaafar (C)Sub12
9. Matias ContiGoalSub10
11. Mohd Faizol HussienSub15
19. Mohd Fauzi Roslan
23. Mohd Nasril Nourdin (GK)

Away

1. Izwan Mahbud (GK)
2. Shakir Hamzah
3. Afiq Yunos
4. Isa Halim (C)Yellow Card
7. Gabriel Quak
8. Hafiz Sujad
9. Faritz Hameed
15. Sufian Anuar
19. Khairul Amri
21. Safuwan Baharudin
23. Zulfahmi ArifinYellow Card
Subs
11. Nazrul NazariSub19
12. Aqhari AbdullahSub4
16. Raihan Rahman
17. Faris RamliSub7
30. Abdul Qadir (GK)