TIGA kelab Hong Kong menanti kunjungan Juara Piala Malaysia 2014, Pahang dalam aksi pemanas badan bagi persiapan Liga Malaysia 2015.

Skuad Tok Gajah dijadualkan berada di Hong Kong selama enam hari bermula 16 Disember depan.

Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata Hong Kong bukanlah tempat asing bagi anak-anak buahnya kerana ia adalah kunjungan ketiga sejak 2012.

“Kebetulan saingan Liga Hong Kong masih berjalan dan ia memberi peluang kepada saya menilai prestasi semua pemain kerana cabaran lebih besar bakal menanti musim depan,” katanya.

Pasukan Pahang mengakhiri saingan Liga Malaysia 2014 dengan cemerlang apabila berjaya muncul juara Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Leave a Reply