Persatuan perlu tuntut hak penyiaran sebelum terima penswastaan Liga M

WALAUPUN menyambut baik cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menswastakan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan, namun Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua persatuan, kelab dan pasukan agar terlebih dulu membuat tuntutan terhadap hak penyiaran masing-masing. Tegas Penaung DiRaja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu, jumlah bayaran yang bakal diperoleh semua persatuan agak sedikit […]

Continue reading

Pahang mahu lunas dendam ke atas ATM

Misi balas dendam. Itu matlamat penyerang Pahang, Mohd. Fauzi Roslan dengan harapan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan dapat menurunkannya dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. Pemain yang terkenal dengan jolokan budak ajaib itu nyata bersemangat untuk membantu Tok Gajah dalam meneruskan momentum kemenangan, sekali […]

Continue reading

Keputusan Liga Super 1 Ogos 2015

Keputusan perlawanan Liga Super, Sabtu 1 Ogos 2015 Sime Darby 2 – 4 Pahang 10′ Marko Perovic (SDB) 13′ Marko Perovic (SDB) 30′ Damion Stewart (PAH) 58′ Matias Conti (PAH) 67′ Matias Conti (PAH) 73′ Fauzi Roslan (PAH) Sarawak 0 – 2 Johor DT 63′ Amri Yahyah (JDT) 90′ Luciano Figueroa (JDT) ATM 1 – […]

Continue reading

Pahang, Terengganu menang bergaya

Pahang merekod kemenangan mereka yang ke-11 dalam saingan Liga Super selepas menang selesa 4-2 ke atas pasukan tercorot, Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu malam. Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah terus memimpin carta Liga Super dengan 36 mata selepas 16 perlawanan, berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) […]

Continue reading

Pahang tekad kukuh kedudukan sebagai peneraju liga

Pahang berazam tidak melepaskan sebarang mata dalam ke­semua tujuh baki perlawanan Liga Super 2015 untuk memastikan mereka mengekalkan penguasaan di puncak liga meskipun berdepan masalah kecederaan pemain. Ini termasuk dalam perlawanan bertemu Sime Darby di Stadium MP Selayang malam ini dengan Tok Gajah menjanjikan skuad terbaik akan diturunkan untuk memastikan hasrat mengutip tiga mata penuh […]

Continue reading

JDT berdepan tugas sukar jinakkan Sarawak

Johor Darul Takzim (JDT) nekad mahu menjinakkan Bujang Senang dalam aksi Liga Super di Kuching untuk memastikan mereka terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Pahang. Mengakui tugas itu bukan mudah, ketua jurulatih JDT, Mario Gomez berkata skuadnya tidak mempunyai pilihan selain mengutip tiga mata di Stadium Negeri malam ini. Katanya, perlawanan itu sangat mencabar kerana […]

Continue reading

Isu gaji Steve Darby: KAFA dinasihat kemuka rayuan

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) supaya tidak melatah sebaliknya mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan bagi mengurangkan bayaran gaji tertunggak RM636,000 yang perlu dibayar kepada bekas jurulatih Steve Darby. Menurutnya, FAM bukanlah badan yang sesuka hati menghukum mana-mana ahli gabungannya kerana mereka sudah memberikan cukup tempoh […]

Continue reading

ATM resah berdepan Terengganu

Skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka berdepan laluan sukar untuk menjinakkan Terengganu pada pertembungan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Semuanya gara-gara The Gladiators tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik apabila beberapa pemain utama terpaksa direhatkan akibat penggantungan selain masalah kecederaan. Jurulatih ATM Azhar Abdullah mengesahkan beliau berdepan tugas sukar menyenaraikan barisan […]

Continue reading

Pemain Kelantan berada pada prestasi terbaik temu Perak

Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail mampu menarik nafas lega apabila semua pemainnya boleh diturunkan untuk bertemu Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini. Walaupun sukar baginya untuk menentukan kesebelasan utama, pengendali berusia 47 tahun itu mempunyai banyak pilihan dan paling penting semua mereka berada pada prestasi terbaik. Kehadiran semula […]

Continue reading

Azidan terpaksa lupakan saingan Liga M 2015

Arkitek berpengalaman Pahang, Azidan Sarudin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila kecederaan ligamen lutut kirinya memaksa dia untuk berehat panjang. “Kecederaan itu berlaku pada perlawanan persahabatan dengan kelab Shahzan Muda di Stadium Darulmakmur, Selasa lalu. Saya tidak dapat mengawal badan ketika cuba menanduk bola di udara sebelum […]

Continue reading